Rabu, 24 Jun 2009

MAKLUMAT ASAS MENGENAI KOPERASI

Subseksyen 4(2) Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007) menyatakan;
"Sesuatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang individu sahaja dan matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi asas."

Keanggotaan sesebuah koperasi hanya membenarkan manusia saja menjadi anggota. Pertubuhan atau persatuan tidak boleh menjadi anggota - maksud kepada orang-orang individu. Pernyataan ini wujud di dalam Akta Koperasi 1993. Sebelum Akta ini dikuatkuasakan, terdapat koperasi-koperasi yang dianggotai oleh PIBG, PPK, pertubuhan atau persatuan. Oleh kerana seksyen 36 menyatakan bahawa kehadiran di dalam Mesyuarat Agung hendaklah hadir atas diri individu maka perkataan orang-orang individu dimasukkan ke dalam pernyataan tersebut.


Matlamat menubuhkan koperasi adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota. Setiap koperasi yang didaftarkan perlu ada aktiviti ekonomi atau perniagaan yang dijalankan. Tanpa menjalankan sebarang aktiviti ekonomi matlamat memajukan kepentingan ekonomi tak akan tercapai. Kegiatan yang dijalankan adalah demi kepentingan bersama ataupun kumpulan majoriti. Kegiatan hendaklah dijalan sebagai sebuah perniagaan. Perniagaan tidak dibuat secara sambil lewa atau suka-suka. Perancangan dan pemantauan ke atas setiap perniagaan hendaklah setiasa dibuat dari semasa ke semasa.

Jumaat, 5 Jun 2009